Berjuta Kes COVID-19 Mungkin Tak Dapat Dikesan?

1,673

Sebuah penyelidikan mendedahkan jangkaan bahawa berjuta-juta kes coronavirus mungkin tidak dikesan di India pada awal tahun ini. Lebih mengejutkan ialah setiap kes yang disahkan pada bulan Mei, terdapat 82 hingga 130 jangkitan yang tidak direkodkan.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Indian Journal of Medical Research, menganggarkan bahawa negara itu mempunyai hampir 6.5 juta kes jangkitan seawal Mei. Tetapi, jumlah kes yang dikemukakan oleh kementerian kesihatan negara itu adalah lebih dari 180,000 pada akhir Mei.

Selain itu, jangkitan berkembang lebih cepat di India daripada di tempat lain di dunia, dan kementerian kesihatan telah melaporkan satu lagi data harian yang mencatatkan sebanyak 96,551 kes jangkitan baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes menjadi 4.5 juta.

Untuk pengetahuan semua, kertas penyelidikan, yang ditulis oleh saintis pemerintah dan pakar lain telah diterbitkan pada semalam, mengatakan sejumlah besar kes mungkin tidak dikesan pada awal tahun ini kerana ujian hanya terhad kepada pesakit yang mengalami gejala atau negeri mempunyai kadar ujian yang berbeza-beza.

Sepanjang tempoh kajian tersebut, India telah melakukan sekitar 100,000 ujian pada setiap hari serta telah meningkatkannya sehingga lebih dari 1.1 juta ujian sehari.

Untuk menentukan jangkauan jangkitan, para penyelidik melihat jumlah kes Covid-19 yang disahkan pada 3 Mei dan 11 Mei, dan membandingkannya dengan jumlah individu yang menunjukkan antibodi coronavirus semasa tinjauan di seluruh negara yang dilakukan pada bulan Mei dan awal bulan Jun.

Kedua-dua tarikh itu dipilih sehingga individu yang dijangkiti berkemungkinan akan menunjukkan antibodi coronavirus, yang mulai muncul pada akhir minggu pertama setelah bermulanya gejala.

Walau bagaimanapun, angka kematian India akibat daripada Covid-19 masih rendah. Kementerian kesihatan telah melaporkan 1,209 angka kematian baru hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 76,271 korban.

 

Sementara itu, hasil penyelidikan ini didakwa sejajar dengan tinjauan serupa yang dilakukan oleh bandar-bandar besar termasuk New Delhi, Mumbai dan Pune, yang mendapati bahawa peratusan kemungkinan untuk individu dijangkiti adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah kes yang disahkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat