Bersedia! Bitcoin Kembali Pulih Untuk Sasar $76K!

744

“Nampak berpotensi untuk bullish lagi, jadi tak terkejutlah kalau tiba-tiba BTC sampai paras itu.”

Swissblock, firma analisis mata wang kripto berpendapat Bitcoin (BTC) yang baru-baru ini menguji semula $59,000 sejurus selepas menembusi $69,000 bakal melakukan satu lagi paras tertinggi baharu sepanjang masa.

Menurut carta dikongsi oleh Swissblock, BTC yang kini sudah kembali di atas $66,000 telah menandakan permulaan aliran menaik baharu di mana harganya mungkin menyasarkan pula $76,000 dan perlu diketahui QCP Capital turut ramal kenaikan itu.

Disebabkan $60,000 terbukti sebagai zon sokongan yang baik, laluan lebih tinggi pada masa ini telah dibuka dan penembusan jangka pendek yang lebih tinggi mampu tercetus apabila momentum bullish diteruskan semula, ulas QCP Capital lagi.

Suka dimaklumkan spot BTC ETF tersenarai di Amerika Syarikat (AS) telah menarik aliran masuk besar-besaran semasa kejatuhan harga BTC pada dua hari lepas susulan pelabur ETF tidak terpengaruh dengan penurunan itu, tetapi tetap meneruskan pembelian.

Gabungan sepuluh ETF baharu berjaya melihat aliran masuk bersih $648 juta ditambah pula BlackRock iShares Bitcoin ETF (IBIT) memecahkan rekod hariannya dengan menikmati $788 juta pelaburan baharu kemudian menambah 12,600 BTC bernilai $778 juta pada dana.

Pada sisi berbeza, seorang pakar kripto popular Capo pula ramal harga BTC akan menyaksikan penurunan sehingga $45,000 disebabkan kadar faedah tinggi oleh Federal Reserve (Fed) sementara United Kingdom (UK) dan Jepun mengumumkan mereka berada dalam kemelesetan.

Sehingga berita ini ditulis, harga BTC melonjak sebanyak 3.93% pada paras $66,057 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran lebih $1 trilion seterusnya mencatatkan kenaikan 7.78% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat