Bersedialah Putin, EU Bakal Heret Ke Muka Pengadilan!

177

Kesatuan Eropah (EU) mencadangkan penubuhan mahkamah khas yang disokong Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk membawa Rusia ke muka pengadilan.

Sejak bermulanya pencerobohan Ukraine awal tahun ini, tentera Rusia telah dituduh melakukan jenayah dengan pembunuhan di pinggir bandar Kyiv, Bucha serta serangan maut ke atas kemudahan awam.

Ia termasuk pengeboman 16 Mac ke atas sebuah teater di Mauripol yang berkemungkinan telah membunuh hampir 600 orang.

Ekoran itu EU menggesa untuk menubuhkan mahkamah untuk menyiasat kemungkinan jenayah perang yang dilakukan Rusia di Ukraine dan menggunakan aset Kremlin yang dibekukan bagi membangunkan semula negara terjejas perang itu.

Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen menyatakan kesediaan blok itu bekerjasama dengan sekutu lain bagi mendapatkan sokongan antarabangsa seluas mungkin untuk tribunal itu.

Siasatan jenayah ketenteraan yang dilakukan semasa perang di Ukraine sedang dijalankan di seluruh Eropah, dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang berpangkalan di Hague juga melancarkan siasatan.

Namun, memandangkan Rusia tidak menerima bidang kuasa Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Suruhanjaya Eropah mengemukan dua pilihan kepada 27 negara EU untuk memastikan Kremlin bertanggungjawab.

Antaranya ialah, mahkamah antarabangsa bebas khas berdasarkan perjanjian pelbagai hala atau mahkamah khusus yang disepadukan dalam sistem keadilan nasional dengan hakim antarabangsa (mahkamah hibrid).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat