Bertukar Bearish! GBP/USD Junam Selepas Gagal Tembus $1.2200

166

Domino effect.

Kesan krisis perbankan di Amerika Syarikat (AS) kini merebak ke Eropah apabila dilaporkan bank pelaburan gergasi Switzerland, Credit Suisse berdepan nasib yang sama seperti yang berlaku pada Silicon Valley Bank (SVB) dan beberapa lagi.

Disebabkan itu, mata wang Swiss franc (CHF) alami kemerosotan dan turut mengheret mata wang Eropah lain termasuk Pound untuk terus menjunam pada dagangan Rabu semalam.

Sementara US dolar sebelum ini yang memaparkan prestasi suram sejak pembukaan dagangan awal minggu, kembali kukuh bertenaga semula ekoran permintaan meningkat terhadap safe-haven.

Situasi ini telah mengubah arah pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam.

Jika diperhatikan pergerakan bullish sebelum ini, harga telah membuat kenaikan mencapai paras ketinggian 1.22000 di awal minggu.

Namun, harga yang mendatar di zon rintangan tersebut kembali berubah arah semula apabila terjunan drastik dipamerkan semalam.

Harga turun melepasi paras 1.21000 dan menuju ke zon tumpuan 1.20000 sebelum melantun sedikit di penutupan sesi New York.

Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD semula memberi indikasi jelas perubahan trend bearish buat harga.

Besar kemungkinan penurunan akan diteruskan berdasarkan corak dipaparkan semalam dengan jangkaan harga akan susut di bawah zon 1.20000.

Seterusnya, harga dilihat akan menuju kembali ke zon sekitar 1.19000 yang turut merupakan zon tumpuan sebelum ini.

Namun jika harga berjaya memaparkan kembali lonjakan dan melepasi paras 1.21000, zon rintangan 1.22000 akan kembali menjadi sasaran untuk diuji.

Setelah itu, barulah harga akan meneruskan kembali corak lonjakan minggu lalu dan berpotensi mencapai hingga ketinggian sekitar 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat