Betul Ke Amazon Akan Terima Bitcoin Hujung Tahun Ini?

1,096

Firma gergasi, Amazon sudah bersedia untuk menerima pembayaran dalam matawang kripto.

Berdasarkan perkongsian sumber, Amazon akan menerima pembayaran dalam Bitcoin (BTC) terlebih dahulu selewat-lewatnya pada akhir 2021.

Malah, dikatakan firma ini sudah lama menyusun strategi dalam matawang kripto sejak 2019 dan hanya menunggu masa untuk merasmikan secara lengkap.

Selepas Bitcoin, matawang kripto yang lain juga akan turut disertakan seperti Ethereum (ETH) dan Cardano (ADA).

Tidak cukup dengan itu, Amazon juga dikhabarkan akan melancarkan matawang kriptonya sendiri, seawalnya pada 2022.

Khabar yang mengaitkan Amazon dan sektor kripto sejak kebelakangan ini menjadi perhatian bermula pada awal Mac tahun ini apabila mengumumkan ketersediaan Ethereum di Amazon Managed Blockchain (AMB).

Tidak cukup dengan itu, firma itu juga ada menawarkan jawatan ketua matawang digital dan produk blockchain dan ada pula menjangkakan akan mengikut jejak Tesla yang telah menerima pembayaran dalam Bitcoin sebelum secara mendadak menangguhkan penerimaan raja kripto itu susulan daripada isu alam sekitar.

Tidak pasti sejauh mana kesahihah berita ini memandangkan masih belum ada pengumuman rasmi daripada firma tersebut. Apa-apa pun, ia masih satu perkembangan menarik perhatian pelabur kripto, sekaligus juga kepada perkembangan positif sektor ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat