Betul Ke Ini Masa Terbaik Untuk Pelabur Membeli Di Bursa?

154

Prestasi cemerlang Wall Street dicerminkan pasaran tempatan menjelang mesyuarat bank pusat Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.

Ketika pembukaan, indeks FBM KLCI bemula 3.63 mata pada 1,450.94 sebelum naik 6.10 mata pada 1,453.41 berbanding penutupan Jumaat pada 1,447.31.

Di pasaran meluas, keuntungan pada 279 atasi kerugian pada 107, manakala 259 kaunter pula tidak berubah, 1,717 tidak didagangkan dan 66 digantung.

Jumlah perolehan pada 282.44 juta unit bernilai RM114.74 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, indeks-indeks ekuiti utama AS rali melebihi 2% ekoran keputusan pendapatan korporat yang kukuh namun pelabur masih lagi menanti mesyuarat FOMC untuk mengukur prospek ekonomi keseluruhan.

Selain itu, keadaannya hampir sama dalam pasaran tempatan dengan pelabur diramal menjalankan aktiviti pembelian di pasaran saham bertemakan pilihan raya menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 dan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) lusa nanti.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Maybank tambah 5 sen pada RM8.63, Public Bank Bhd naik 9 sen pada RM4.47, Petronas Chemicals Group Bhd raih 8 sen pada RM8.86, CIMB Group Holdings Bhd canak 3 sen pada RM5.59 dan IHH Healthcare Bhd canak 7 sen pada RM6.02.

Saham aktif memperlihatkan Ta Win Holdings Bhd naik 0.5 sen pada 7.5 sen, Tanco Holdings Bhd canak 2 sen pada 37 sen dan Top Glove Corp Bhd kumpul 2 sen pada 81 sen sementara Jade Marvel Group Bhd hilang 0.5 sen pada 28.5 sen manakala Harvest Miracle Capital Bhd kekal pada 13 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas canak 90.88 mata pada 10,366.28, FBM 70 tambah 96.35 mata pada 12,332.93, indeks FBMT 100 lonjak 93.40 mata pada 10,108.25, indeks FBM Emas Shariah raih 85.11 mata pada 10,407.62 dan FBM ACE kumpul 29.09 mata pada 4,910.39.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan lonjak 144.68 mata pada 16,530.72, indeks Tenaga raih 1.39 mata pada 698.96, indeks Produk serta Perkhidmatan naik 1.30 mata pada 176.75 dan indeks Perladangan kumpul 31.34 mata pada 6,874.39.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat