Betul Ke Ketika Berumur 16 Tahun Pemuda Ini Jana Profit $300,000?

0 704

Connor Bruggemann merupakan seorang pemuda yang kini berusia 24 tahun berasal dari New Jersey, Amerika Syarikat. Sejak zaman kanak-kanak, beliau begitu berminat untuk menjana pendapatannya sendiri.

Pernah ketika kecil dahulu beliau telah menjual sebahagian daripada kostum halloweennya lalu membawa sejumlah wang pulang ke rumah.

Beliau juga telah bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah restoran tempatan sedangkan usianya baru mencecah 14 tahun! Pada ketika itu, gaji yang diperolehinya diletakkan ke dalam sebuah akaun simpanan. Namun begitu, Connor tidak berpuas hati dengan kadar faedah yang diberikan.

Gara-gara keghairahannya untuk mendapatkan lebih banyak wang, Connor telah menggunakan minatnya dalam sukan bola sepak untuk melibatkan diri dalam pertaruhan dan poker secara atas talian. Sehubungan dengan itu, beliau lebih banyak meluangkan masa di dalam bilik tidurnya.

Oleh yang demikian, perbuatannya tersebut telah mencetuskan kebimbangan kepada kedua-dua orang tuanya. Beberapa lama kemudian, datuknya telah mencadangkan supaya Connor menceburi pasaran saham. Oleh itu, bapanya, John yang merupakan pelabur di Wall Street, membuka sebuah akaun pelaburan untuk anak lelakinya itu.

Dengan menggunakan wang simpanan sebanyak $10,000, Connor mula melabur dalam saham penny. Setahun berikutnya, beliau berjaya memperoleh keuntungan sebanyak $300,000. Biar betul!

Pada ketika itu, beliau masih bergelar seorang pelajar sekolah menengah dan hanya menggunakan telefon pintar iphone miliknya untuk menjalankan pelaburan! Dengan keuntungan yang diperolehi, Connor telah membeli sebuah kereta mewah BMW, Macbook baru untuk kedua-dua orang tuanya dan iPads untuk kesemua adik-beradiknya. Memang kaya!

Selain itu, Connor yang menjadikan Tim Sykes sebagai idolanya telah menubuhkan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Investors Corner LLC pada September 2014.

Melalui syarikat tersebut, beliau menyediakan medium pembelajaran berkesan untuk para pelabur dengan menawarkan bahan pembelajaran, tips pelaburan dan banyak lagi serta mengenakan yuran serendah $2,000 setahun.

Nak mencuba sesuatu yang baru dan berbaloi?  Anda boleh dapatkan buku Panduan Lengkap Mula Trade Forex di Intraday.my.

Anda mungkin juga berminat