Betulkah Britain Sudah Bersedia Untuk ‘Hard’ Brexit?

747

Sebagaimana sedia maklum bahawa Britain terus berhadapan cabaran dalam isu Brexit dengan rundingan perdagangan yang masih belum mencapai kata putus. Bank of England dan para penganalisis telah mengeluarkan amaran mengenai kemampuan kerajaan dan perniagaan UK selepas 31 Disember.

Jabatan Audit Nasional pada 6 November lalu telah menegaskan bahawa sistem pelabuhan Britain belum dintergrasikan atau diuji lagi, dimana para pengeksport dan pengimport dikehendaki mengisi borang kastam dan keselamatan. Bukan itu sahaja, sistem kawalan tempat transit untuk lori juga belum lagi siap.

Perkara seperti ini akan mengeruhkan lagi keadaan selepas 31 Dsiember. Laporan tersebut melaporkan bahawa tarikh akhir yang semakin hampir dan risiko semakin meningkat akan memerlukan kerajaan untuk melabur banyak wang untuk persiapan, antaranya persiapan infrastruktur.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa, Britain bakal berhadapan impak yang besar di sempadan UK dengan banyak sektor perniagaan belum membuat persiapan untuk menghadapi fasa selepas Brexit.

Kesepakatan dalam perjanjian perdagangan dijangka akan memudahkan proses peralihan lebih mudah. Walaubagaimanapun lebih 10 bulan rundingan perdagangan dijalankan, kedua-dua belah pihak masih belum capai kata sepakat.

Ekonomi UK diramalkan akan paling terjejas dalam Eropah kesan daripada penularan pandemik Covid-19, seperti yang disahkan oleh ramalan ekonomi Suruhanjaya Eropah. Kegagalan mencapai kesepakatan dipercayai akan mengeruhkan lagi prestasi ekonomi UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat