Biar Betul? Bitcoin Cash (BCH) Kini Diiktiraf Oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC)

4,102

Dalam laporan terbaru berdasarkan wawancara Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah meluluskan Bitcoin Cash (BCH) sebagai aset digital di Malaysia. Berita ini sebagai satu berita yang baik kerana rakyat Malaysia kini dapat membeli atau menjual BCH dalam platform kripto yang sah. Dengan ini sebanyak lima jenis aset kripto yang dibenarkan iaitu Bitcoin (BTC), Ethereum (ETC), Ripple (XRP), Bitcoin Cash (BCH) dan Litecoin (LTC).

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Eksekutif SC Strategi & Inovasi Digital, Chin Wei Min, dalam wawancara bersama Fintech News Malaysia. Dalam temubual tersebut, Chin memaklumkan bahawa Malaysia hanya bermula dengan 3 aset kripto dan sekarang telah berkembang kepada 5 aset kripto dalam tempoh satu tahun kerana didorong oleh permintaan pasaran.

Bukan itu sahaja, Chin juga menyatakan bahawa SC juga terbuka untuk menyetujui lebih banyak aset digital pada masa akan datang. Kata Chin, Bitcoin Cash merupakan aset digital ke lima yang diluluskan walaupun buat sementara waktu.

Untuk pengetahuan anda, setakat ini Malaysia hanya membenarkan 3 platform pertukaran kripto iaitu Luno, SINEGY dan Tokenize. Hal ini adalah bagi mengatasi masalah penipuan dan mengurangkan risiko penggubahan wang haram. Dalam masa yang sama orang ramai juga dinasihati dan diberi amaran oleh SC agar tidak melakukan dagangan dalam platform yang tidak sah.

BCH menjadi antara kripto pilihan kerana ia dipercayai sebagai salah satu kripto terbaik untuk pembayaran.

Pada masa ini, Bitcoin Cash bernilai RM3,205, sementara Bitcoin pada masa ini berharga RM202,906.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat