Biar Betul, China Bukan Lagi Top 1 Hab ‘Mining’ Bitcoin?

1,118

Seperti sedia maklum sejak pertengahan tahun ini, sikap agresif China terhadap pasaran kripto semakin agresif terutama dalam perlombongan Bitcon. Susulan dari itu, Amerika Syarikat (AS) secara rasmi telah memecahkan monopoli China dalam pasaran perlombongan Bitcoin dan menjadi hab perlombongan BTC yang terkemuka.

Sebelum ini China telah memonopoli perlombongan BTC untuk sebahagian besar dekad yang lalu dan menyumbang lebih dari 70% dari mining. . Walau bagaimanapun, tindakan keras semenjak dua ini terutama pada bulan Mei dan Jun menyebabkan berlakunya pengeluaran besar-besaran dari loji perlombongan Bitcoin.

Majoriti pelombong yang berpindah dari China menuju ke AS, Kazakhstan, dan Rusia. Berdasarkan data Cambridge, A.S menyumbang 35.4% pelombong Bitcoin diikuti oleh Kazakhstan pada 18.1% dan Rusia dengan 11%.

Pakar berpendapat bahawa tindakan dari pihak berkuasa ini menyebabkan sekurang-kurang 95% dari pelombong bitcoin beralih ke negara lain. Michel Rauchs, di Cambridge Center for Alternative Finance menjelaskan,

” Impak dari tindakan pihak berkuasa terhadap China menyebabkan penurunan 38% dalam kadar hash dalam rangkaian global pada bulan Jun 2021.”

Disisi lain, perubahan demografi perlombongan Bitcoin didorong oleh dua faktor utama selain tidakan pihak berkuasa. Iaitu pertama adalah matlamat penutralan karbon di Beijing dan kedua adalah kekurangan arang batu di negara itu.

Sehingga April tahun ini sebelum tindakan keras dimulakan di China, A.S hanya menyumbang 16.8% bahagian hashrate global yang meningkat dua kali ganda dalam empat bulan terakhir. Begitu juga, Kazakhstan juga menyaksikan peningkatan 120% diikuti oleh Rusia dengan 61%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat