Biar Betul! H&M Ingin Buka Kedai Maya Dalam Dunia Metaverse?

611

Pada Isnin lalu, sempat heboh dengan beberapa penerbitan utama yang melaporkan bahawa peruncitan pakaian gergasi iaitu H&M telah membuka kedai 3D dalam dunia metaverse. Antara yang melaporkannya adalah akhbar sepert Economic Times dan Mashable India.

Seperti yang kita sedia maklum H&M (Hennes & Mauritz) adalah syarikat fesyen dan pakaian yang kini telah melebarkan sayapnya ke serata dunia. Ia adalah salah satu jenama pakaian terbesar di dunia, setakat ini, H&M juga telah mempunyai 4,856 kedai di seluruh dunia. Pasaran terbesarnya ialah Jerman, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Sweden, Rusia, Itali dan Belanda.

Maka tidak hairanlah segala tindak tanduk mereka menjadi perhatian massa apatah lagi apabila terdapat pengumuman bahawa mereka telah terjun ke dalam dunia metaverse. Walau bagaimanapun, syarikat itu telah menafikan laporan bahawa ia telah membuka kedai di metaverse. Menurut jurucakap H&M menjelaskan:
“Kami ingin mengesahkan bahawa, pada masa ini H&M tidak membuka kedai di Metaverse.”

Berdasarkan laporan palsu, kononnya syarikat itu berkata bahawa pelanggan boleh meneroka kedai mereka dalam dunia meta itu, termasuklah memilih produk dan bahkan membelinya di Ceek City universe. Pembayaran mesti dibuat dengan token ceek (CEEK). Persekitaran realiti maya Ceek juga telah dikawal oleh kontrak pintar pada Binance Smart Chain (BSC).

Selain itu, laporan palsu itu juga mendakwa bahawa pelanggan akan dapat memesan pakaian yang dilihat di kedai metaverse H&M dari kedai fizikalnya.

Khabar angin H&M bakal membuka kedai di metaverse itu menyusuli tweet oleh akaun Twitter rasmi Ceek. Syarikat itu juga berkata, ia mencipta “kedai berkonsepkan VR ” yang akan dibentangkan kepada H&M.

Walau bagaimanapun, jurucakap H&M memberitahu “Kami juga tidak bekerjasama dengan Ceek.”

Isnin lalu, akaun Twitter rasmi untuk Ceek kemudiannya menjelaskan bahawa, “Kedai H&M dalam metaverse Ceek hanyalah sebuah konsep yang dipersembahkan kepada H&M dan bukan kedai maya sebenar lagi. Kami sedang berbincang dengan pihak tertentu di H&M untuk merealisasikan perkara ini, tetapi ini bukanlah sesuatu yang realiti setakat ini.”

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat