Biar Betul? Lebih 1 Juta Mesin ‘Rosak’, Google Saman Pengguna Bitcoin!

14,499

Google dilaporkan telah menyahaktifkan botnet penggodaman kripto yang menggunakan blockchain Bitcoin untuk melepasi keselamatan siber.

Apa yang berlaku?

Menurut sumber, lebih 1 juta mesin seluruh dunia terkesan dengan serangan botnet yang dikenali sebagai ‘Glupteba’.

Ekoran daripada itu Google telah memfailkan aduan sivil terhadap Dmitry Staroviko dan Alexander, termasuk 15 individu lain.

Jelas Google dalam laporan tersebut, 16 defendan telah menggunakan botnet ini untuk:

  • Melombong mata wang kripto melalui perisian mangsa-mangsa.
  • Mencuri maklumat mangsa untuk dijual kepada pihak ketiga.
  • Membuat pembelian keperluan dan perkhidmatan menggunakan kad kredit yang tidak mencukupi baki.
  • Menjual pengaksesan penggunaan mesin kepada pihak ketiga.

Menariknya tentang botnet tersebut, ia manfaatkan teknologi blockchain dengan cara unik untuk melindunginya daripada tindakan konvensional yang mampu melumpuhkan jenayah serupa.

Kehadiran ciri desentralisasi bitcoin boleh ditukarkan kepada aset yang menjadikan botnet itu lebih sukar untuk dinyahaktifkan.

Chainalysis dedahkan jenayah ini merupakan yang kali pertama berlaku melibatkan penggunaan botnet.

Google juga mengingatkan ada potensi untuk entiti yang dikawal defendan – ‘Glupteba Enterprise’ menggunakan kaedah ini secara langsung, menyerang penyedia (servers) baru dengan malware.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat