Biar Betul Ni, Top Gloves!

476

Menurut ketua Tan Sri Dr Lim Wee Chai, Top Glove Corporation Bhd dijangka akan kembali beroperasi di semua 28 kilang pembuatan sarung tangan di Meru, Klang, dalam dua hingga tiga minggu ke depan.

Tambahnya lagi, sebanyak 7 kilang telah beroperasi semula pada peringkat pertama pemulihan operasi yang bermula semalam, manakala tahap kedua akan melibatkan 7 kilang lagi yang akan beroperasi semula pada hujung minggu yang akan datang.

Di samping itu, beliau memberikan gambaran bahawa kesemua kilang akan beroperasi semula dan semuanya akan kembali normal dalam tempoh 2 hingga 3 minggu akan datang.

Sebelum ini, Top Glove terpaksa menutup sementara 28 kilang di Klang kerana lonjakan kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pekerjanya di sana yang mewakili sekitar 50% dari kapasiti pengeluaran syarikat.

Namun begitu, penutupan kilang di Klang sejak November tahun ini dijangka hanya mempengaruhi 4% daripada pendapatan syarikat untuk tahun kewangan ini yang berakhir pada 31 Ogos 2021.

Seterusnya, untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan, Top Glove merancang untuk merekrut 7,000 pekerja tempatan pada TK21 dari hampir 5,000 pada TK20.

Selain itu, berikutan dengan pelanggaran syarikat terhadap Akta Perumahan dan Kemudahan Minimum Pekerja 1990 (Akta 446), Top Glove mendakwa bahawa mereka masih belum menerima sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

Meskipun vaksin Covid-19 didakwa akan mempengaruhi pertumbuhan syarikat itu pada tahun hadapan, mereka kekal optimis bahawa permintaan sarung tangan akan tetap teguh di seluruh dunia walaupun terdapat vaksin.

Hal ini demikian kerana permintaan untuk produk Top Glove kekal kukuh pada Q1 FY21. Ianya didorong oleh Asia kecuali Jepun, yang melonjak 72.9% tahun ke tahun dan Eropah Barat yang melonjak 70.2%.

Namun, permintaan dari Amerika Utara merosot sebanyak 2% pada Q1 FY21 dari tahun sebelumnya, dipengaruhi oleh isu larangan import yang berkaitan dengan Cukai dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat