Biar Betul Sekolah Dah Mula Integrasikan Sistem Blockchain?

478

Disaat ramai pihak yang skeptikal terhadap sistem blockain yang menjadi tunjak utama kripto, California ambil peluang untuk meneroka potensi yang ditawarkan oleh sistem blockchain. Berdasarkan laporan terkini, sistem blockchain baru akan digunakan untuk mengurus dan mengesan penularan pandemik Covid-19 dalam kalangan pelajar dan kakitangan di beberapa buah sekolah di California.

Langkah tersebut menjadi pilihan apabila munculnya pertikaian mengenai tentang bagaimana untuk mengimbangi pengawasan penularan Covid-19 dan dalam masa yang sama melindungi maklumat peribadi.

Justeru, , Organisasi Perkhidmatan Piagam Kolaboratif di California yang menyediakan perkhidmatan sokongan pentadbiran terhadap sekolah telah memilih untuk melancarkan satu sistem pentadbiran yang mengutamakan privasi. Penyelesaian yang berorientasikan blockchain itu diberi nama “Team.Care Network”, dikembangkan oleh ‘startup’ kesihatan Solve.Care dan berfungsi sebagai aplikasi mudah alih.

Organisasi itu menyatakan bahawa sistem blockchain mereka dapat menawarkan penyelesaian dalam membantu sekolah untuk mengesan kebarangkalian penularan Covid-19 dalam komuniti yang didiami. Menurut, Pradeep Goel, Ketua Pegawai Eksekutif Solve.Care, menyatakan bahawa penggubal undang-undang di California semakin cakna tentang kepentingan privasi data dan mereka dalam perancangan mewujudkan undang-undang bagi melindungi data penduduk.

Dengan aplikasi yang bertunjangkan blockchain, ia akan mewujudkan suasana yang lebih selamat untuk para pelajar dan kakitangan sekolah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat