Biar Betul, Selepas 90 Hari BTC Bakal Meroket Sampai $1 Juta?

1,316

“Nampak logik kalau BTC naik 30K sebelum puasa, tapi $1 juta tu boleh ke?”

Balaji Srinivasan, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) Coinbase meramalkan harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) bakal mencapai hingga paras $1 juta dalam tempoh 90 hari selepas berkata Amerika Syarikat (AS) mungkin akan berlaku hiperinflasi.

Kenyataan Srinivasan yang datang semasa Federal Reserve (Fed) AS mencetak wang di tengah-tengah krisis perbankan telah menjadi punca komuniti kripto hangat berbincang antara satu sama lain.

Srinivasan turut berpandangan pengeluaran besar-besaran daripada bank akan berlaku mulai hari ini dan beliau menyatakan bahawa setiap individu harus memiliki aset tidak boleh dirampas sambil menambah BTC adalah safe heaven.

Pun begitu, beberapa penyokong tegar BTC seperti penganalisis pasaran terkenal Alex Kruger memberi amaran kepada pelabur untuk tidak mengambil serius tentang ramalan aset digital itu melainkan ada motif tersembunyi yang dapat lonjakkan harganya.

Sementara seorang lagi penganalisis pasaran bernama Ali Martinez menjelaskan harga BTC berupaya mencecah $1 juta dalam 90 hari sekiranya keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China masuk ke aset digital itu.

Susulan BTC menyaksikan prestasi sangat kukuh ketika krisis perbankan, sesetengah penganalisis menjangkakan harga aset digital itu akan melepasi $30,000 menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

Setakat penulisan ini, harga BTC berjaya mendaki sebanyak 2.33% pada paras $27,843 dalam tempoh 24 jam lalu seterusnya meningkat 23.87% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat