Biar Betul! TikTok Bakal Ceburi Bidang Penghantaran Makanan Tidak Lama Lagi?

440

Terbaru, ByteDance memaklumkan pada hari Rabu bahawa mereka telah memulakan pengujian perkhidmatan penghantaran makanan di China melalui aplikasi video pendek Douyin, yang berpotensi bersaing dengan syarikat e-dagang utama seperti Alibaba dan Meituan.

Dalam masa yang sama syarikat kini sedang mempertimbangkan untuk tidak terhenti dalam fasa percubaan dan bercadang untuk melanjutkan perkhidmatan ini ke tahap seterusnya.

Douyin merupakan TikTok versi China yang kedua-duanya dimiliki oleh ByteDance. Menurut jurucakap Douyin bahawa syarikat itu telah “menguji ciri omo di Beijing, Shanghai dan Chengdu yang membolehkan pedagang mempromosikan dan menjual pakej ‘pembelian kumpulan’ kepada pengguna Douyin di bandar terpilih ini dan menghantarnya.”

Pemilik restoran sering melakukan strim langsung di Douyin untuk memasarkan perniagaan mereka. Semasa melakukan ini, mereka boleh menawarkan diskaun dan kupon untuk makanan mereka kepada pengguna yang menonton video. Pengguna kemudiannya boleh membeli tawaran itu dan memilih masa dalam masa dua hari sebelum penghantaran.

Model ini sangat berbeza daripada Meituan dan Ele.me Alibaba yang kedua-duanya merupakan perkhidmatan penghantaran makanan atas permintaan, sama seperti Uber Eats.

“Kami akan mempertimbangkan untuk mengembangkan ciri tersebut ke lebih banyak bandar pada masa hadapan bergantung pada keputusan ujian yang dilakukan. Belum ada garis masa yang terperinci,” kata jurucakap Douyin.

Syarikat itu telah menguji ciri tersebut sejak Disember. Setakat ini, industri penghantaran makanan China dikuasai oleh Meituan dan Ele.me.

ByteDance telah memasuki pelbagai bidang termasuk bidang membeli belah di atas talian. Tahun lepas, syarikat itu melancarkan laman web fesyen yang dipanggil If Yooou di luar China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat