Biden Di Ambang Kemenangan, Reaksi Pasaran Terhadap US Dolar Semakin Jelas!

1,947

US dolar catat penyusutan secara berturut-turut selama 3 hari ke paras terendah dalam tempoh 2 tahun kerana calon Presiden Joe Biden memiliki kebarangkalian yang tinggi untuk menjawat jawatan Presiden Amerika Syarikat (A.S).

Indeks US dolar yang mengukur matawang green back berbanding matawang utama mencatat penyusutan sebanyak 0.67% kepada 92.787 setakat jam 11.20 p.m. Bacaan ini susulan selepas matawang euro mengkukuh 1% dan matawang yen melepasi paras tukaran 104 berbanding US dolar.

Menurut penganalisis, matawang US dolar cenderung menyusut jika terdapat kebarangkalian yang tinggi Biden akan memenangi pilihan raya. Penganalisis juga berpendapat bahawa US dolar diperdagangkan sebagai safe haven dan prospek keputusan pilihan raya yang lebih cepat akan mempengaruhi selera risiko pasaran dan mendorong penyusutan US dolar.

Sebahagian pelabur percaya bahawa kemenangan Biden akan menatijahkan lebih banyak rangsangan. Ditambah pula jangkaan bahawa The Fed akan memberikan kenyataan yang dovish pada hari Khamis.

Dengan berjaya menguasai Wisconsin dan Michigan, Biden kini semakin hampir untuk mendapatkan 270 undian elaktoral.Tumpuran pasaran kini terarah kepada beberapa negeri (swing state) yang masih belum diumumkan lagi,

Selain daripada menunggu keputusan pilihan raya, pelabur turut menantikan mesyuarat polisi FOMC, di mana Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah pada Jumaat (3.00 pagi).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat