Biden Luluskan Rang Undang-undang Ini Sebab Nak Lawan China!

699

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden telah meluluskan undang-undang yang memperuntukkan $280 bilion kepada pembangunan berteknologi tinggi dan penyelidikan saintifik dalam usaha untuk menyaingi China.

Pelaburan itu termasuk pelepasan cukai untuk syarikat yang membina kilang pembuatan cip komputer di Amerika.

Bimbang negara itu akan terus kehilangan kelebihan teknologinya dan mahu mengurangkan kebergantungan kepada Beijing, kumpulan perniagaan telah lama mendesak untuk mendapatkan lebih banyak sokongan daripada kerajaan.

Malah, langkah penutupan Covid-19 yang melanda dunia yang mendorong kekurangan cip mikro global menguatkan lagi alasan mereka untuk berbuat demikian.

Ekonomi gergasi dunia itu menghasilkan sekitar 10% daripada bekalan global semikonduktor buat masa ini, turun daripada hampir 40% pada tahun 1990.

Rang undang-undang tersebut memperuntukkan kira-kira $200 bilion kepada agensi seperti Yayasan Sains Kebangsaan yang bertujuan untuk meningkatkan pelaburan dalam bidang robotik dan komunikasi tanpa wayar (wireless).

Biden menyifatkannya sebagai pelaburan ‘sekali dalam satu generasi’ dan berkata ia sudahpun mendatangkan keuntungan kepada AS.

Ini meruju kepada rancangan daripada Micron untuk membelanjakan $40 bilion untuk pembuatan cip memori, projek yang dijangka mewujudkan 40,000 pekerjaan.

~Nampaknya makin tinggi lagi la persaingan antara Amerika Syarikat dan China untuk menjadi yang pertama di dunia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat