Biden Mengamuk! 36 Firma China Kena Tempias

245

Amerika Syarikat mengumumkan sekatan ke atas berpuluh-puluh syarikat yang kebanyakannya dari China atas dakwaan penggunaan teknologi canggih dalam pembangunan tentera.

Biro Industri dan Keselamatan Jabatan Perdagangan AS mengesahkan perkara tersebut dalam satu pengumuman bahawa 36 entiti tersebut akan dikenakan keperluan lesen yang ketat.

Ia akan menghalang akses syarikat berkenaan kepada komoditi, perisian dan teknologi yang dikeluarkan Amerika, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran lanjutan.

Tindakan terbaru itu berlaku lebih dua bulan selepas pentadbiran Biden mengenakan sekatan baharu ke atas akses China terhadap semikonduktor.

Salah satu syarikat yang tersenarai dalam sekatan tersebut adalah pembuat cip utama China Yangtze Memory Technologies Corporation (YMTC).

Menurut setiausaha kecil Perdagangan untuk Industri dan Keselamatan, Alan Estevez mengatakan tindakan sedemikian akan melindungi keselamatan negara AS dengan mengurangkan keupayaan Beijing untuk memanfaatkan teknologi canggih dalam memodenkan ketenteraan.

Bukan itu sahaja, malah penyenaraian hitam tersebut turut menyasarkan entiti berkaitan Rusia yang menyokong pencerobohan tentera negara itu ke atas Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat