BigPay AirAsia Lancar Perkhidmatan Kiriman Wang Antarabangsa

248

BigPay, aplikasi pengurusan kewangan AirAsia telah melancarkan perkhidmatan kiriman wang antarabangsa yang akan membolehkan pemindahan antarabangsa segera dari Malaysia ke akaun bank Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand dengan kadar tetap serendah RM7.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tony Fernandes turut menyatakan bahawa tiada bayaran tersembunyi atau caj tambahan akan dikenakan kepada pengguna selain daripada kadar yang telah ditetapkan.

Kadar tertinggi RM13 dikenakan ke atas kiriman wang ke Thailand, bayaran terendah sebanyak RM7 dikenakan ke atas pemindahan ke Singapura manakala pemindahan ke Indonesia dan Filipina masing-masing adalah RM8.

Bagaimanapun, kadar yang digunakan untuk pemindahan adalah berbeza daripada kadar pertukaran sebenar yang diperoleh ketika menggunakan kad BigPay kerana perlu mengikut kadar pertukaran ditetapkan oleh pihak ketiga yang bekerjasama dalam perkhidmatan ini.

Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pengguna perlu mendepositkan dana ke dalam akaun BigPay mereka terlebih dahulu melalui kad bank atau pemindahan bank.

Masa yang diambil untuk pemindahan wang ialah secepat 5 minit sehingga 2 hari bekerja bergantung kepada destinasi wang dihantar.

Dengan kemudahan ini, ia dapat mengurangkan kos pengiriman wang dan memudahkan pengguna untuk menghantar wang kepada keluarga, rakan atau membuat pembayaran yang melibatkan bayaran ke luar negara tanpa perlu membayar kadar pertukaran dan caj pemindahan yang tinggi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat