Bill Gates Sebenarnya Dah Ramalkan Serangan Coronavirus Akan Berlaku?

0 2,603

Wabak Coronavirus yang semakin merebak ke seluruh dunia terutamanya di negara Asia semakin membimbangkan. Dari hari ke hari, jumlah kematian yang dicatatkan semakin bertambah. Oleh itu, pelbagai langkah pencegahan mula dijalankan seperti menyekat kedatangan pelancong dari China dan sebagainya.

Setakat artikel ini ditulis, jumlah kematian telah meningkat kepada 81 korban dan sementara 4,515 kes telah disahkan.

Tahukah anda bahawa pada tahun 2018 yang lalu, CEO Microsoft, Bill Gates telah pun meramalkan bahawa akan terjadi satu penyebaran virus yang sangat pantas ke seluruh dunia bahkan akan membunuh kira-kira 33 juta orang dalam masa beberapa bulan?

Adakah ramalan tersebut adalah benar dan virus yang dimaksudkan ialah Coronavirus?

Dalam sebuah persidangan anjuran Persatuan Perubatan Massachusetts, jutawan terkemuka dunia tersebut mendedahkan tentang kajian menyeluruh yang dijalankan oleh Institut Permodelan Penyakit yang menunjukkan betapa cepatnya penyakit baru dapat tersebar.

Beliau menyatakan dunia perlu bersiap sedia menghadapi serangan wabak penyakit ini dengan cara yang sangat serius seperti persiapan untuk berperang!

Selain itu, ia menjelaskan bagaimana wabak yang terjadi di China berpotensi untuk merebak dengan cepat ke seluruh dunia dan akhirnya membunuh 33 juta orang.

Kini, tiba masa dunia digemparkan dengan penyebaran penyakit terbaru yang dikenali sebagai Coronavirus yang dikatakan berpunca dari Wuhan, China. Dalam sekelip mata, bilangan negara yang terjejas akibat wabak berkenaan semakin bertambah.

Bukan itu sahaja! Negara-negara lain turut mengesahkan kes berkaitan wabak itu seperti Vietnam, Singapura, Arab Saudi, Korea Selatan, Taiwan, Thailand dan Malaysia!

Pada Ahad, The Bill & Melinda Gates Foundation telah mengumumkan sumbangan bernilai $10 juta sebagai bantuan kecemasan untuk menyokong usaha pencegahan penularan wabak penyakit khususnya Coronavirus.

Jabatan Kesihatan Amerika Syarikat pada Isnin telah mengumumkan mereka kini sedang memantau 110 individu meliputi negara yang berkait dengan Coronavirus termasuk 5 individu dari China yang berkunjung ke Amerika Syarikat.

 

Anda mungkin juga berminat