Bill Gates Sokong Penggunaan Bitcoin? – Ini Pendirian Terkini Beliau!

2,042

Pengasas Microsoft, Bill Gates dalam salah satu temubual bersama CNBC telah menyatakan pendirian beliau terhadap matawang kripto yang sedang ‘hype’ itu. Dalam temu bual itu beliau akui bahawa isu Bitcoin adalah antara yang palibg banyak di bahaskan sejak akhir-akhir ini.

Walaupun begitu beliau tidak mengambil pendekatan seperti yang di ambil oleh orang kaya kedua dunia Elon Musk yang menyatakan sokongan penuh terhadap pelaburan Bitcoin. Bill Gates sendiri lebih memilih untuk mengambil pandangan yang neutral iaitu tidak menyatakan sokongan dan dalam masa yang sama tidak menolaknya.

Beliau turut membuat pengakuan bahawa beliau tidak memiliki Bitcoin. Namun beliau mendedahkan bahawa yayasannya juga terlibat menggunakan transaksi matawang kripto tetapi ia tidak semestinya Bitcoin.

” Yayasan Gates telah menggunakan matawang kripto dalam melakukan transaksi kerana yang lebih mudah dan murah”.

Bitcoin kini berada di atas paras tukaran harga $50,000 dan boleh melonjak naik ke paras tertinggi. Di Coinbase, Bitcoin telah mencapai paras tertinggi baru pada $ 52,075. Sasaran selepas ini ialah pada $60,000, untuk itu Bitcoin perlu berada pada atas paras $52,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat