Binance Buat U-Turn, Umum Sekatan Awal Terhadap Pasaran Kripto Rusia!

1,630

Binance yang merupakan bursa kripto terbesar di dunia mengumumkan pada hari Selasa bahawa ia akan berhenti untuk menerima kad yang dikeluarkan oleh Mastercard dan Visa di Rusia. Ini akan berkuatkuasa bermula hari Rabu.

Langkah itu, diumumkan di laman sesawang Binance selepas pengendali kad terbesar dunia tersebut menyatakan mereka akan menghentikan perkhidmatan di Rusia sebagai sebahagian daripada sekatan terhadap Moscow, berhubung pencerobohan negara itu ke atas Ukraine. American Express juga telah menghentikan operasi Rusianya minggu lepas.

Rusia kini dihimpit oleh serangkai sekatan dari pelbagai ekonmi besar termasuk Amerika Syarikat (A.S) yang menyekat beberapa bank utama daripada rangkaian pembayaran SWIFT dan membekukan pegangan asing mereka. Sberbank, pemberi pinjaman terbesar Rusia, telah menutup operasi di Eropah rentetan hal tersebut.

Mengulas mengenai langkah itu, Ketua Pegawai Eksekutif Binance Changpeng Zhao, yang biasa dikenali sebagai “CZ”, berkata keputusan itu di luar bidang kuasa mereka. Binance, seperti kebanyakan bursa kripto utama telah menolak untuk mengharamkan sepenuhnya ke atas pengguna Rusia. Walaubagaimanapun, bursa kripto utama bersetuju untuk mematuhi sekatan A.S.

Coinbase baru-baru ini telah menyekat 25,000 dompet Rusia yang dikatakan kelihatan terlibat dalam aktiviti haram. Disisi lain, Ketua Pegawai Eksekutif Kraken Jesse Powell pula berpendapat bahawa Kraken tidak akan menekan pengguna Rusia melainkan diwajibkan oleh undang-undang.

Kerajaan A.S baru-baru ini dilihat semakin agresif dalam mengenakan sekatan dan kini kripto juga termasuk dalam senarai sekatan terhadap Rusia. Bukan itu sahaja bursa pertukaran kripto juga diberi amaran agar tidak terlibat dengan individu yang disenaraihitamkan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat