Binance Masukkan 6 Bilion Token Terra Classic Ke ‘Neraka’!

370

Syarikat gergasi exchanger kripto Binance dilaporkan membakar lebih 6 bilion token Terra Classic (LUNC) dan mengakibatkan aset digital tersebut berjaya mendaki sebanyak 2% dalam tempoh 24 jam lalu.

Secara konteks, Binance secara keseluruhannya telah membakar hampir 20 bilion LUNC dan pembakaran baru-baru ini adalah pusingan keenamnya.

Tempoh yang diperlukan untuk membakar yuran keenam dagangan LUNC adalah daripada 30 Oktober hingga 30 November susulan mekanisme pembakaran mingguan telah bertukar kepada bulanan sejurus selepas pusingan kelimanya.

Namun, jumlah pembakaran LUNC kini menyusut bukan sahaja disebabkan volum dagangan yang rendah, malah kelulusan Proposal 5234 telah mengurangkan pembakaran cukai daripada 1.2% kepada 0.2%.

Suka dimaklumkan juga bahawa Binance telah membakar 13.712 bilion LUNC pada bulan Oktober, antaranya 5.5 bilion aset digital tersebut adalah dalam pusingan pertama sementara pusingan kelima pada 31 Oktober sebanyak 1.26 bilion.

Dalam pada itu, komuniti LUNC bertegas untuk membawa semula utiliti dan validators* dalam rangkaian susulan pembangun LUNC akan melaksanakan naik taraf v23 yang melibatkan CosmWasm sementara mendayakan semula komunikasi antara rantaian (IBC) dengan blok Cosmos.

*Nod rangkaian yang beroperasi dalam rantaian Proof of Stake (PoS) atau mengesahkan blok transaksi kepada rantaian tersebut

Malah, komunitinya turut membakar 150 juta LUNC pada bulan November manakala LUNC DAO 4 juta dan tidak ketinggalan Allnodes membakar LUNC sebanyak 25 juta.

Setakat penulisan ini, harga LUNC berlegar pada zon $0.00018 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan kadar pembakaran harian melebihi 366 juta token setiap hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat