Binance Nak Buat Pembakaran Cukai Untuk TerraClassic Dan USTC

407

Binance, platform pertukaran mata wang kripto terbesar di dunia menyatakan pembakaran cukai 1.2% akan diguna pakai untuk transaksi dalam rantaian Terra Classic (LUNC) dan TerraClassicUSD (USTC) melalui rangkaian Terra Classic.

Malah, syarikat akan menyemak dan mengubah suai jumlah pengeluaran minimum dan maksimum serta yuran pengeluarannya.

Oleh demikian, komuniti harus mengundi cadangan Perubahan Parameter Cukai 1.2% pada 10 September dan jika diluluskan, perubahan tersebut akan dilaksanakan pada 20 September.

Namun, deposit dan pengeluaran LUNC serta USTC bakal memberi kesan kepada Binance kerana semasa deposit , rangkaian Terra Classic akan memotong cukai 1.2% seterusnya bakinya dikreditkan ke akaun pengguna.

Manakala semasa pengeluaran, pengguna akan mendapat jumlah tersebut selepas Binance menolak yuran pengeluaran dan apabila TerraClasic memotong cukai 1.2% itu.

Walaupun begitu, amarah tercetus di kalangan komuniti Terra apabila Binance dan Ketua Pegawai Eksekutif Changpeng Zhao (CZ) menyebut bahawa pembakaran cukai tidak akan digunakan pada dagangan Spot dan Margin bagi LUNC, USTC serta perkhidmatan Binance Earn.

Hal ini kerana, komuniti Terra menjangkakan syarikat tersebut akan membuat pembakaran cukai ke atas dagangan LUNC dan USTC.

Dalam pada itu, pengesah LUNC DAO yakin keputusan Binance akan membuatkan ramai pelabur berhenti berdagang di Binance.

Malah, TerraRebel berpendapat komuniti Terra berjaya menyediakan lebih daripada $2 bilion volum dagangan harian di bursa termasuklah syarikat pertukaran kripto telah menaikkan banyak yuran perdagangan dan keuntungan daripadanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat