Binance Rampas Takhta Coinbase!

117

Syarikat gergasi exchanger kripto, Binance dilaporkan berjaya menjadi pemegang terbesar rizab ibu segala mata wang kripto Bitcoin (BTC) melalui jumlah yang disimpan dalam wallet pertukaran berpusat.

Secara konteks, para pelabur dikenalpasti melakukan deposit mata wang kripto ke exchanger jika nilai metrik meningkat manakala penurunan pula membawa maksud bahawa mereka sedang mengeluarkan aset digital masing-masing daripada exchanger tersebut.

Diperjelaskan bahawa penyusutan berterusan harga pasaran adalah berpunca daripada kejatuhan FTX yang turut mengakibatkan para pelabur kini berasa teragak-agak untuk melakukan sejumlah besar pelaburan dalam exchanger berpusat.

Rentetan itu, kebanyakan pelabur bertindak mengeluarkan aset digitalnya dan menyimpan dalam wallet yang mereka mampu memegang kuncinya sendiri, namun sebaliknya berlaku untuk Binance apabila rizabnya melonjak tinggi dalam tempoh ini.

Hal ini berikutan kerana deposit Binance dan rizab BTC syarikatnya menyaksikan pendakian ketara sungguhpun sebelum ini mengalami penjunaman drastik disebabkan krisis FTX itu.

Syarikat tersebut juga dikatakan telah melakukan kejayaan besar dengan mengatasi kedudukan Coinbase sebagai exchanger terbesar dan mencapai paras tertinggi sepanjang masa.

Setakat penulisan ini, harga BTC kini berlegar-legar pada zon harga $16,000 dengan melakukan penyusutan sedikit berbanding minggu sebelumnya manakala nilainya merosot 16% dalam tempoh 30 hari lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat