Binance Terpaksa Akur – Ini Negara Ke -4 Perkhidmatan Derivatif Akan Di Hentikan!

2,513

Bursa pertukaran kripto Binance mengumumkan penamatan tawaran derivatif kripto utama di Afrika Selatan awal hari ini. Pertukaran kripto terkemuka di dunia menyatakan bahawa beberapa produk dan perkhidmatan tertentu di Afrika Selatan akan dihentikan berikutan untuk mematuhi piawaian undang-undang yang ditetapkan pemerintah.Perkhidmatan derivatif kripto ditamatkan dengan serta-merta termasuk niaga hadapan, Opsyen, perdagangan Margin, dan leveraj.

Binance memberikan tempoh selam 90 hari untuk menutup kedudukan dagangan mereka dan mereka tidak boleh mulakan dagangan baru.

Pengumuman tersebut menyebut bahawa ‘pengguna mempunyai 90 hari untuk mengurangkan dan menutup dagangan mereka bagi produk dan perkhidmatan tersebut. Pengguna tidak akan dapat meningkatkan dan mengurangkan dagangan setelah 6 Januari 2022. Selepas itu semua dagangan akan dihapus.

Pengumuman ini merupakan pengumuman keempat yang dibuat oleh bursa pertukaran kripto yang berkaitan dengan penawaran derivatif kripto di seluruh dunia. Binance mengambil tindakan pertama di Eropah kemudia diikuti oleh Australia, Hong Kong, dan sekarang Afrika Selatan.

Binance kini dalam perancangan untuk membuka sebuah ibu pejabat sebagai langkah untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berautoriti. Baru-baru ini, CEO bursa Changpeng Zhao mendedahkan bahawa Ireland juga boleh menjadi ibu pusat Binance. Spekulasi itu menjadi semakin rancak setelah Binance mendaftarkan tiga syarikat di negara ini sejak kebelakangan ini.

Binance memiliki matlamat untuk menjadikan mereka benar-benar bebas justeru pada asalnya Binance tidak mempunyai ibu pusat fizikal. Walau bagaimanapun, tekanan dari pihak berautoriti memerlukan ibu pejabat fizikal.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat