Binance Tertekan, Pilih Untuk Hentikan Sokongan Terhadap Saham Kripto!

3,272

Binance pada hari ini mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan salah satu perkhidmatan terbaru yang dikeluarkan iaitu yang membenarkan pengguna memperdagangkan aset kripto yang mewakili saham ekuiti. Hal ini adalah kerana syarikat pertukaran itu sedang berhadapan masalah peraturan di banyak negara.

Pada April yang lalu, syarikat pertukaran kripto terkemuka ini telah menambahkan sokongan untuk produk baru yang membolehkan penggunanya berinteraksi dengan aset kripto yang disokong sepenuhnya yang mewakili saham ekuiti.

Setelah mula-mula menambahkan saham kripto Tesla, Binance telah memperluas perkhidmatannya dengan Coinbase, Apple, Microsoft, dan MicroStrategy. Walau bagaimanapun, syarikat tersebut sedang berhadapan tekanan dari Jerman kerana badan berautoriti (FSA) yang menimbulkan kebimbangan ‘tokenized stock’ selepas beberapa minggu pelancaran.

Pada akhirnya, Binance telah memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan tertentu ini, seperti yang diumumkan pada 16 Julai. Menurut Binance saham kripto tidak dapat dibeli di Binance.com, dan Binance.com tidak akan lagi menyokong saham kripto apa pun selepas 14 Oktober 2021.

Pertukaran tersebut menegaskan bahawa pelanggan yang kini memiliki saham kripto tersebut dapat “menjual atau menahannya selama 90 hari ke depan.” Namun, setelah tempoh itu berakhir, mereka sudah tidak boleh menjualnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat