Binance US Punca FLOKI Memuncak! Memecoin Sedia Nak Mengganas?

193

“Memecoin nampaknya semakin popular, adakah harganya akan naik lagi tinggi nanti?”

Selepas bursa mata wang kripto Binance memindahkan memecoin kedua terbesar Shiba Inu (SHIB) keluar dari Zon Inovasi susulan sudah memenuhi tahap standard tinggi, Binance US bakal menyenaraikan Floki Inu (FLOKI) dalam platformnya.

Binance US berpangkalan di California pada Isnin semalam melaporkan kepada berjuta-juta penggunanya berkenaan penyenaraian FLOKI yang akan didagangkan bersama pasangan USD ataupun USDT.

Dagangan untuk aset digital tersebut akan disiarkan secara langsung pada 25 April 2023 , namun perlu diingatkan fungsi deposit untuk FLOKI buat masa sekarang hanya dibenarkan untuk pengguna yang ingin membiayai akaun kripto mereka.

Susulan berita berikut, harga FLOKI berjaya melonjak sebanyak 6.1% menembusi paras $0.000049 sebelum susut sedikit pada $0.000038 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran bernilai $371 juta.

Bukan itu sahaja, memecoin seperti Bone ShibaSwap (BONE) serta ArbDoge AI (AIDOGE) turut mencanak lebih 10% sejurus selepas Binance US berhasrat menyenaraikan FLOKI.

Selain itu, Binance telah mencipta tujuh liquidity pools untuk beberapa kripto, antaranya Bitcoin (BTC), SHIB dan Dogecoin (DOGE) susulan sejak kebelakangan ini aset digital digital tersebut semakin mempunyai permintaan yang tinggi.

Rentetan itu, seluruh komuniti kripto berpandangan harga memecoin berpotensi untuk melonjak tinggi secara besar-besaran susulan penglibatan runcit akan semakin meningkat apabila bursa lebih memberi sokongan terhadap aset digital tersebut.

Meskipun begitu, pergerakan harga sedemikian juga sangat bergantung pada BTC, oleh itu memecoin mungkin dapat meningkat sekiranya aset digital tersebut turut melonjak namun ia boleh turun jika berlaku sebaliknya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat