Binance & WazirX Bergaduh! Siapa Bakal Tewas?

104

“Tak bagus la gaduh-gaduh, cuba selesaikan cara baik je.”

Pertikaian yang masih berterusan sejak tahun 2022 telah menyebabkan syarikat exchanger mata wang kripto Binance mengarahkan WazirX tarik balik kenyataannya jika tidak ingin hilang akses kepada wallet Binance.

Perselisihan tersebut dimaklumkan telah tercetus pada Ogos 2022 apabila Binance dan WazirX masing-masing ingin berlawan dalam menentukan siapakah yang paling memiliki kawalan ke atas exchanger di India.

Isu menjadi hangat ketika Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Binance, Changpeng Zhao (CZ) menulis kenyataan di akaun Twitter milik beliau bahawa syarikat WazirX adalah penipuan.

WazirX membalas dengan berkata aset digital mereka disimpan mengikut piawaian yang dianggap paling ketat sementara penggunanya kini boleh membuat perdagangan, deposit dan pengeluaran dana seperti biasa.

Malah, syarikat itu berhasrat mengambil kursus undang-undang untuk menuntut keadilan dan menghalang Binance daripada menamatkan perkhidmatannya.

Walaupun WazirX menafikan pertuduhan tersebut, Binance minggu lepas tetap mendesak syarikat itu menyusun semula prosedur mereka sekiranya tidak ingin menghentikan penggunaan wallet kripto Binance.

Susulan terdapat 90% aset pengguna WazirX disimpan dalam wallet Binance, kebanyakan pelabur mula bimbang ia akan menimbulkan masalah jika kedua-dua pihak bertindak menghentikan sebarang kerjasama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat