Bitcoin Beri Isyarat Positif Untuk Kenaikan Lebih Tinggi

1,366

Hasil penjualan 10,000 BTC pada penghujung minggu lalu terus memberi impak kejatuhan yang drastik kepada harga Bitcoin sehingga ke paras harga $30,000.

Tetapi menjelang pembukaan dagangan minggu ini, harga BTC telah membuat kenaikan melebihi 10% dan terus menyambung kenaikan pada dagangan hari ini untuk menguji paras harga $40,000.

Situasi tersebut dilihat didorong oleh kenyataan daripada ciapan Twitter Elon Musk yang memberi khabar gembira kepada pelabur kripto.

Kenaikan yang dilakukan oleh Bitcoin juga dipengaruhi daripada dua transaksi pembelian pada pagi ini yang melibatkan jumlah hampir 10,000 BTC seperti yang dikongsikan pada ciapan twitter Whale Alert.

Pada ciapan Twitter Whale Alert juga ada berkongsi mengenai terdapat beberapa transaksi pembelian USDT di platform Binance melebihi $1 bilion yang mungkin memberi petanda bahawa pelabur-pelabur besar ketika ini sedang bersedia untuk membuat pembelian kripto.

Pembelian ini secara tidak langsung berkemungkinan akan memberi impak kenaikan harga yang lebih agresif kepada beberapa mata wang kripto yang dibeli oleh para pelabur besar tersebut ekoran pembelian oleh pelabur-pelabur lain akan turut menyusul.

Kebarangkalian dengan kenaikan yang lebih tinggi pada harga BTC, pakar penganalisis kripto menjangkakan bahawa ‘bull market’ masih belum tamat.

Kenyataan itu disokong oleh pergerakan harga pasaran kripto ketika ini tidak sama seperti yang berlaku pada 2017. Ini disebabkan oleh perbezaan situasi di mana pasaran kripto kini terus mendapat perhatian kebanyakan institusi besar.

Penurunan yang dibuat ketika ini mungkin hanya pembetulan (correction) setelah membuat lonjakan sebanyak 500% bermula pada dagangan Oktober 2020 sehingga Bitcoin mencapai ATH terbaru pada April 2021.

Pada carta pergerakan harga BTC/USDT, nampaknya harga Bitcoin telah melonjak untuk menguji zon SBR (support become resistance) $40,000 pada pembukaan dagangan hari ini setelah menutup dagangan semalam sekitar harga $39,000.

Jika pergerakan harga terus menembusi zon SBR (support become resistance) $40,000 tersebut, paras SBR seterusnya sekitar harga $50,000 bakal menjadi sasaran utama untuk diuji sebelum harga membuat kenaikan yang lebih tinggi dan memberi isyarat untuk perubahan trend.

Namun sekiranya pergerakan harga BTC tidak dapat menembusi paras SBR tersebut, penurunan harga akan dijangkakan untuk kembali menguji paras sokongan $30,000 sebelum menguji paras sokongan yang lebih rendah.

Lihat gambar carta matawang kripto BTC/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat