Bitcoin (BTC) Bergerak Rancak, Akhirnya Tembus $50,000!

1,217

Pasaran kripto akhirnya membawa sentimen gembira dengan peningkatan harga Bitcoin (BTC) yang kembali tembus paras harga $50,000 bermula pada tengah malam tadi.

Ketika penulisan, raja kripto ini didagangkan pada $51,168 dengan lonjakan hampir 6% dalam 24 jam.

Bagaimanapun, BTC masih memerlukan sekurang-kurangnya 26% untuk menebus kembali penyusutan dari paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $68,789.63 yang direkod pada 10 November 2021.

Ethereum (ETH) juga tidak ketinggalan mencatatkan peningkatan harga lebih 4%, didagangkan pada $4,114.35.

Pasaran yang positif pada pagi ini dapat dikaitkan dengan musim cuti yang bakal bermula esok, terutama bagi pasaran luar negara.

Lambakan altcoins juga tidak ketinggalan mencatatkan pergerakan harga yang memberangsangkan:

  • Solana (SOL): $189 (+5.63%)
  • Cardano (ADA): $1.48 (+11.67%)
  • XRP: $0.98 (+1.83%)
  • Terra (LUNA): $97.68 (+12.91%)

Manakala koin non-fungible token (NFT) melompat lebih tinggi, bermula dengan Verasity (VRA) yang mendahului carta dengan lonjakan lebih 25% dalam 24 jam, didagangkan pada $0.04224.

Diikuti dengan:

  • The Sandbox (SAND): $6.24 (+21.71%)
  • Gala (GALA): $0.50 (+16.24%)
  • Decentraland (MANA): $3.74 (+14.02%)
Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat