Bitcoin (BTC): Jangan Harapkan Bullish Tahun Ini Sehingga Awal 2025!

4,993

Pasaran kripto terus mempamerkan kekecewaan. Bitcoin (BTC) didagangkan pada $39,155 susut lebih 2% dalam 24 jam ketika artikel ini ditulis.

Altcoins juga tidak ketinggalan susut, kecuali beberapa koin utama: Solana (SOL), XRP, Dogecoin (DOGE), Shiba Inu (SHIB) dan Decentraland (MANA) bertahan dengan peningkatan sekitar lebih 1%-3% dalam tempoh yang sama.

Dalam perkongsian terbaru, pengasas bersama Huobi, Du Jun menjangkakan bullish tidak akan berlaku dalam masa terdekat, mungkin sehingga akhir 2024 atau awal 2025.

Jelasnya, lonjakan harga Bitcoin (bullish) terkait dekat dengan proses halving yang berlaku setiap empat tahun.

Proses halving yang terakhir berlaku pada 11 Mei 2020, sekaligus mendorong peningkatan harga BTC sehingga 702.59%, mencatat rekod tertinggi sepanjang masa (ATH), $69,039 pada 10 November 2021.

Trend ini mencerminkan sejarah lonjakan harga BTC pada Disember 2017 selepas halving pada 2016. Ketika itu, harga BTC menyentuh ATH dengan nilai $19,769.

Kedua-dua detik bersejarah itu juga menyaksikan penyusutan harga bitcoin selepas rekod ATH, sama seperti pasaran semasa kripto.

Buat masa sekarang, Bitcoin sudah susut lebih 43% daripada ATH November 2021 dan halving seterusnya dijangka berlaku pada 2024.

Jika benarlah ramalan ini, bermakna kita berada di fasa awal bearish.

Pun begitu jangan terlalu bergantung kepada pemerhatian ini kerana trend sudah berubah dan banyak faktor yang mempengaruhi kepada harga mata wang kripto, misalnya: krisis geopolitik, kemunculan viran baru wabak COVID-19, kesan inflasi global, dan keputusan penyeliaan seluruh dunia ke atas aset digital.

Pada petang semalam, BTC susut ke paras terendah harian sejak 4 Februari, $39,157. Penganalisis meramalkan penyusutan harganya sehingga $33,000 dan akan berlaku sideway untuk tempoh yang panjang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat