Bitcoin (BTC) Susut Lebih 6%, Gagal Bertahan Dengan Khabar Positif Dari AS

907

Bitcoin (BTC) buat hal lagi, susut lebih 6% ke paras $38,882.58 selepas bertahan di atas $40,000 untuk dua hari berturut-turut sejak 9 hingga 10 Mac 2022.

Pergerakan harga BTC dalam tempoh tersebut didorong oleh keputusan perintah eksekutif mata wang kripto yang positif oleh presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Pasaran altcoins juga tidak ketinggalan pamerkan prestasi negatif dengan rekod masing-masing: XRP susut hampir 4%, didagangkan pada $0.73; Ethereum (ETH) susut lebih 4%, didagangkan pada $2,565.57; dan Cardano (ADA) bernilai $0.79, susut hampir 4%.

Menurut ketua pegawai produk Prime Trust, Sara Xi, sentimen yang membaluti seluruh pasaran kripto ketika ini disebabkan oleh beberapa tidak balas komoditi utama: “Disebabkan itulah pasaran kripto jatuh kerana ramai masih beranggapan kripto sebagai alat pelaburan.”

Sedangkan kripto lebih daripada itu – ia menyimpan nilai, ia juga merupakan mata wang: “Dan faktor-faktor tersebut memberi impak kepada aset kripto sehingga harganya meningkat. Tetapi pada hari ini, impak terhadap komoditi utama seperti minyak, akibat daripada peperangan Rusia-Ukraine menyebabkan pasaran kripto berundur.”

Disebabkan faktor-faktor tersebut, pasaran kripto gagal untuk pamerkan pengukuhan harga walaupun Biden menggesa 6 perkara utama dalam perintah eksekutif: perlindungan pengguna, kestabilan kewangan, aktiviti haram, persaingan AS dalam industri terlibat, rangkuman kewangan, dan tanggungjawab dalam berinovasi.

Kebanyakan industri mata wang kripto berprofil tinggi bersetuju dengan keputusan kerajaan AS, malah mereka menggelarkan situasi ini dengan – “watershed moment”.

Namun gerak-geri kerajaan negara itu tidak memberi jaminan sepenuhnya kerana pengasas platform pelaburan mata wang kripto My Digital Money, Guy Gotslak mendakwa ia adalah satu langkah ‘defensive’ kerana perintah eksekutif hadir untuk melindungi kewangan global AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat