Bitcoin Dijangka Beri Kejutan Pada Minggu Ini

273

Awal September nampaknya merunsingkan pelabur Bitcoin (BTC) memandangkan matawang digital itu menyusut mendadak secara tiba-tiba.

Harga BTC yang berjaya memecah rekod $12,000 per bitcoin pada akhir Ogos menjunam sekitar $10,000 sebelum kembali sedikit pulih ke paras $11,000. Namun sekarang berlaku penurunan semula apabila Us Dolar kembali menguat.

Minggu ini pula, pasaran dagangan ‘option‘ bitcoin dijangkakan tamat tempoh, melibatkan hampir separuh daripada nilai sekitar $2 bilion. Perkara ini sebenarnya boleh mendorong kepada gelombang turun naik yang baru.

Berdasarkan laporan daripada penganalisis kripto Skew, sekitar 47% kontrak sedia ada akan tamat pada Jumaat ini.

Penamatan tempoh dagangan ‘option‘ bagi BTC sebenarnya boleh mencetuskan ketidakseimbangan harga. Buktinya, sebelum ini penamatan tempoh telah menyebabkan pasaran melambung dengan agresif.

Pasaran ‘option‘ bitcoin telah mengembang sepanjang 2020, didorong oleh Deribit. Manakala, pemerhati pasaran bitcoin didorong oleh lonjakan bitcoin pada tahap $10,000.

Menurut penganalisis kewangan FxPro, Alex Kuptsikevich, Bitcoin berusaha untuk bertahan pada tekanan bawah $10,000 agar tidak jatuh melepasi $9,000 dan ke bawah.

Justeru, beliau menyifatkan sangat wajar jika pelabur memberi perhatian terhadap turun naik bitcoin bersama pertumbuhan harga yang berhati-hati. Pelabur juga disarankan untuk membuat pembelian yang teliti dengan optimisme pasaran global dan bukannya memanfaatkan optimisme yang berlaku.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat