Bitcoin Cuma Tinggal 2.5 Juta BTC Sahaja Lagi Untuk Dilombong!

1,995

Seperti yang diketahui hanya 21 juta Bitcoin (BTC) akan dikeluarkan keseluruhannya dan kini dari jumlah itu hanya berbaki 2.5 juta BTC sahaja lagi tersedia untuk dilombong.

Berdasarkan kenyataan ChartBTC menerusi akaun Twitter baru-baru ini, rangkaian Bitcoin terkumpul seluruh dunia telah melepasi jumlah 18.5 juta BTC. Ini bermakna terdapat baki kurang daripada 2.5 juta BTC atau sekitar 11.9% jumlah Bitcoin yang akan dihasilkan.

ChartBTC berkata separuh daripada 2.5 juta BTC itu akan dilombong empat tahun akan datang. Sejak genesis blok (block genesis) pada tahun 2009, rangkaian Bitcoin telah melalui tiga fasa pembahagian (halving), yang mana fasa ketiga berlaku pada Mei tahun ini.

Berikutan daripada pengeluaran Bitcoin baru telah dikurangkan kepada dua kali setiap empat tahun, jangkaan bagi perlombongan Bitcoin terakhir akan berlaku sehingga 2140.

Selepas daripada tahun tersebut, tiada Bitcoin baru akan dilombong.

Pakar kripto daripada Crypto Valley berpendapat pembahagian terakhir berbeza dengan pembahagian yang sebelumnya kerana lebih ramai yang mempertimbangkan untuk menyimpan aset mereka dalam BTC.

Sejak awal 2020, permintaan Bitcoin dari institusi terus menyaksikan peningkatan.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, para pelabur terutama di kalangan institusi lebih cenderung untuk terus meningkatkan simpanan Bitcoin mereka tanpa mengira penyusutan harga jangka pendek.

Seperti yang dilapor sebelum ini, dana pengurusan pelaburan terbesar di dunia iaitu Norway Government Pension Fund Global telah memiliki sebanyak 577.6 BTC menerusi pelaburannya di dalam MicroStrategy.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat