Bitcoin Melepasi Harga $9,000 Selepas Kumpulan Negara G-20 Mengatakan Matawang Crypto Adalah Aset

1,396

Bitcoin meneruskan pemulihan pada Rabu dengan harga kini melebihi $9,000 apabila ahli-ahli dalam kumpulan 20 negara besar dunia (G-20) mengatakan matawang crypto dianggap sebagai aset berbanding yang dianggap ketika ini sebagai matawang.

Bitcoin di pusat pertukaran Binance setakat pada pukul 9.11 malam berada di sekitar $9,055 naik 7.89%. Bitcoin menghadapi kesukaran selepas jatuh ke paras terendah $6000 sebelum ini dan beberapa kali cuba membuat kenaikan dan masih gagal menuju ke arah harga tertinggi yang pernah dicapai tahun lalu iaitu $20,000.

Ketua-ketua negara di perhimpunan G-20 yang berlangsung di Argentina tidak mengeluarkan satu tindakan yang spesifik terhadap matawang crypto. Malah mereka melihat matawang crypto adalah satu aset dan bukannya matawang.

Pasaran matawang crypto mendapat sokongan daripada berita ini selepas tertekan pada minggu lalu disebabkan berita bahawa Google juga mahu menghalang iklan yang melibatkan matawang crypto.

Dengan kenaikan Bitcoin, matawang crypto kedua terbesar berdasarkan modal pasaran (market cap) Ethereum membuat kenaikan 9.76% setakat ini. Harga ETH kini berada di sekitar $575 di pusat pertukaran Binance. Ripple pula kini naik kepada $0.69 dan kekal di tangga ketiga di CoinMarketcap.

Dapatkan siri belajar jana “INCOME DARI CRYPTO” yang akan ditunjukkan kepada anda step by step. https://belajar.moshed.com/crypto/

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat