Bitcoin Meroket Melepasi $10,000! – Adakah Era Kenaikan Bitcoin Bermula?

629

Lima kali percubaan untuk melepasi paras $10,000 sepanjang Mei lalu, akhirnya lonjakan matawang kripto dengan paras tertinggi, $10,500 untuk kali pertama dalam beberapa minggu membuka tirai Jun.

Rekod tertinggi Bitcoin berlaku pada 13 Februari 2020 dengan paras yang dicatatkan mencapai harga matawang yang sama, $10,500. Bitcoin juga pernah mencecah paras terendah untuk beberapa bulan yang lalu iaitu $3650 di pertukaran BitMEX pada Mac, manakala Wall Street susut sekitar 30% ketika kemuncak pada pertengahan Mac. Perubahan turun naik Bitcoin berkait rapat dengan pasaran dunia.

Susulan NASDAQ yang kini pulih dengan carta harga berbentuk “V” sejak tahap tertinggi sepanjang Februari, Bitcoin akhirnya berjaya mencapai angka lima digit.

Pencapaian Bitcoin meletakkan mata wang kripto tersebut pada zon resistance utama dengan nilainya yang juga tinggi pada Februari 2020. Jika Bitcoin dapat menembusi ke paras yang lebih tinggi, sasaran seterusnya adalah dijangkakan ke paras $10,600, $10,800 dan $11,000 atau sasaran yang lebih jauh dengan nilai $11,400.

Menurut Forbes, peningkatan ini akan memberi pertumbuhan yang baik terhadap niaga hadapan Bitcoin. Ketika di paras $10,215, CME Group yang menawarkan niaga hadapan Bitcoin menyaksikan jumlah dagangan sebanyak 3,943 bagi Jun 2020. Manakala niaga hadapan di Bakkt menyaksikan 317 perdagangan dengan paras matawang $10,177.50.

Selebihnya mempunyai kaitan dengan kemelut yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong kepada peningkatan matawang Bitcoin, tidak melibatkan dengan keganasan tetapi kemusnahan ekonomi seperti pembakaran bangunan dan rampasan barangan.

Michael Novogratz dari Galaxy Digital menerusi laman Twitternya, memberitahu faktor-faktor yang berlaku ketika ini tidak mustahil akan membawa Bitcoin ke paras yang lebih tinggi dan bergerak laju.

Selanjutnya, altcoins juga mula menunjukkan perubahan sebagai tindak balas kepada peningkatan Bitcoin kepada $10,000 dan token lain di 20-teratas bergerak 3 hingga 5%. Ether (ETH), altcoins terbesar maju 6.64% kepada $250.68, Stellar Lumens (XLM) bergerak 6.81% dan NEO meraih 11.75%.

Kini, jumlah modal pasaran bagi matawang kripto melebihi dari $284.2 bilion dengan saham Bitcoin kekal melonjak pada 65.9%.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat