Bitcoin Mula Goyah, Susut 6% Undang Kebimbangan Pelabur

468

Lonjakan aset Satoshi Nakamoto kepada rekod all-time high terbaru 2020, $24,200 tidak kekal lama apabila berlaku pembetulan semalam menyebabkan harga Bitcoin (BTC) susut sebanyak 6% ketika greenback meningkat.

Ada kemungkinan penyusutan tersebut didorong oleh khabar varian baru COVID-19, menyebabkan lebih banyak sekatan antara negara hingga memberi kesan kepada pasaran seperti awal Mac.

Pada masa yang sama, wallet kripto milik Ledger yang digodam semalam melibatkan 270,000 maklumat peribadi pengguna seperti emel, nombor telefon dan alamat rumah telah didedahkan di RaidForums, pasaran atas talian bagi perniagaan jual beli dan perkongsian maklumat yang digodam.

Berdasarkan carta 4-jam, BTC menunjukkan penyusutan daripada $24,000 kepada rekod terendah Isnin, $22,000.

Jika berlaku rejection pada $23,400 hingga $23,600, ada kemungkinan beberapa tahap diuji sebagai sokongan. Bagaimanapun jika BTC berjaya melepasi zon tersebut, mungkin aset mahal ini akan mencipta rekod terbaru sekali lagi.

Bagi carta harian, tahap rendah terbaru berada di $17,500, bermakna harga Bitcoin perlu bertahan di atas paras ini untuk kekal melonjak. Bagaimanapun, berdasarkan carta mingguan, penyusutan sehingga $12,000 tetap berpotensi untuk aset itu melonjak.

Selain itu, pembetulan mungkin akan lebih besar daripada kebiasaannya, 20% hingga 40% pembetulan pasaran bull.

Jumlah permodalan pasaran dengan pembetulan pada $550 akan meletakkan Bitcoin di kawasan $18,500, membawa manfaat kepada altcoins pada awal 2021 jika harga Bitcoin kekal bertahan di atas $18,500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat