Bitcoin Ordinals NFT Bakal Hadir ke Binance pada Akhir Mei Ini!

151

Binance, bursa kripto terbesar di dunia pada hari Selasa mengumumkan bahawa Pasaran NFT nya akan menyokong Bitcoin Ordinals (Bitcoin NFT) tidak lama lagi. Langkah Binance untuk menambah Bitcoin NFT dijangka meluaskan ekosistem NFTnya dan meningkatkan pilihan untuk pedagang.

Berdasarkan pengumuman itu, ekosistem Binance NFT menggabungkan Bitcoin dan teknologi inovatif, sambil menawarkan lebih banyak pilihan kepada para kolektor. Ia menambah bahawa pencipta Bitcoin NFT akan ditawarkan sokongan royalti yang akhirnya akan membantu mereka menjana pendapatan tambahan.

Walau bagaimanapun, Binance sedang giat berusaha untuk bekerjasama dengan lebih banyak projek NFT sambil menyasarkan untuk menyokong pertumbuhan dan evolusi ekosistem Bitcoin Ordinals.

Binance mengatakan bahawa Pengguna boleh mengambil bahagian dalam acara pendaftaran khas yang dijadualkan dari 9 Mei hingga 15 Mei. Ini membayangkan bahawa Bitcoin NFT mungkin akan dilancarkan pada separuh kedua bulan Mei.

Disisi lain, harga BTC mula kembali bangkit daripada paras sokongan $27.1k, dimana kini didagangkan pada paras dagangan $27,798.97. Pemain pasaran memberi tumpuan pada perkembangan isu debt-ceiling dan bacaan inflasi CPI yang akan dikeluarkan esok hari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat