Bitcoin: Pelabur Lakukan ‘Panic Selling’ Selepas Amaran Lembaga Kawalan Kewangan Dikeluarkan?

5,107

Financial Conduct Authority (FCA) atau bahasa lain Lembaga Kawalan Kewangan merupakan sebuah badan berkanun terletak di United Kingdom pada hari ini telah mengeluarkan amaran mengenai lonjakan harga dalam matawang crypto bitcoin dan matawang crypto selain Bitcoin.

Badan berkanun mengawal selia firma kewangan yang memberikan perkhidmatan kepada pengguna tampil mengeluarkan kenyataan bahawa matawang crypto memliki risiko yang sangat tinggi.

FCA sedar bahawa beberapa syarikat menawarkan pelaburan dalam crypto atau pinjaman atau pelaburan yang terkait dengan crypto dengan menjanjikan pulangan yang lumayan.

Atas dasar itu, FCA memberi amaran “sekiranya para pelabur melabur dalam dalam produk ini (matawang crypto) maka mereka harus bersedia untuk kehilangan semua wang pelaburan mereka!”

5 perkara yang menjadi kerisauan pengawal selia itu ialah perlindungan hak pengguna, turun naik harga, produk yang rumit, caj dan yuran yang dikenakan. Selain itu turut menjadi isu ialah penukaran matawang crypto kepada matawang fiat kerana ia bergantung kepada permintaan dan penawaran dalam pasaran.

BTC susut ke paras terendah $33,895 sekitar jam 10 malam waktu tempatan. Mankala ETH susut ke paras $1,042.04 dolar seunit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat