Bitcoin Sedia Menuju $50,000? – Ini Perkara Yang Perlu Diketahui!

1,614

Bitcoin menunjukkan prestasi mingguan yang positif sekali lagi dengan aset kripto utama itu melonjak lebih tinggi daripada minggu sebelumnya. Dengan ini, intraweek tertinggi berada di atas rintangan utama pada purata bergerak 21 minggu dan purata bergerak 200 hari. Walaupun terdapat tekanan penjualan pada hujung minggu dan penurunan di bawah paras sokongan namun BTC kembali melonjak melebihi $45,000.

Berdasarkan pergerakan carta 4 jam terdapat isyarat yang membawa indikasi agar pasaran lebih berhati-hati. Ini berlaku apabila harga bergerak lebih tinggi sementara indeks kekuatan relatif meningkat lebih rendah, menunjukkan risiko penggabungan atau kejatuhan jangka pendek.

 

img1

Untuk mengelak daripada sentimen bearish, BTC perlu bearada di atas paras tertinggi baru-baru ini pada $45,300 dan terus mendorong indeks kekuatan relatif berada di atas garis aliran menurun.

Semasa penulisan, BTC telah melepasi paras rintangan dan kini didagangkan pada harga $$45,806.37. Ini mungkin permulaan yang diharapkan untuk BTC mencapai paras harga $50,000. Pada awal dagangan BTC telah membuat pengujian bullish dari garis aliran yang meningkat. Penganalisis teknikal menganggap ini satu lagi isyarat kenaikan jangka pendek untuk BTC

Disisi lain, jika pergerakan harga kekal dengan corak penurunan, pergerakan harga bakal menguji kembali zon RBS (resistance become support) sekitar $44,000 sebelum membuat penurunan ke paras ,lebih rendah atau ianya hanya sekadar retracement.

Dengan melepas paras rintangan $44,000-$45,000, paras rintangan seterusnya yang harus diperhatikan oleh pemain pasaran ialah $47,000-$48,000.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat