Bitcoin Terus Gah Dengan Rekod Tertinggi $35,800!

367

Tengahhari tadi Bitcoin (BTC) sekali lagi mencatatkan all-time high terbaru, $35,800 dari rekod sebelumnya, $34,000.

Lonjakan tidak dijangka itu didorong oleh ramalan Demokrat akan memenangi pilihan raya Senat di Georgia, Amerika Syarikat (AS) yang akan menentukan Kongres pada masa akan datang.

Barisan pakar berharap kemenangan berpihak kepada parti demokrat yang mana akan meneruskan ransangan monetari dan fiskal, berbanding jika Senat dipimpin oleh Republikan.

Bagaimanapun, pengiraan undi ditangguhkan buat masa sekarang dan dijangka akan kembali bersambung pada esok.

Pada masa yang sama, CEO CryptoQuant, Ki Young Ju memberitahu para pelabur institusi terus membuat pembelian Bitcoin walaupun harga aset itu sudah berada di atas $30,000.

Jelasnya lagi, rekod aliran keluar aset Satoshi Nakamoto pada 2 Januari di pertukaran Coinbase mencecah 55,000 token dalam masa sehari, satu rekod tertinggi yang pernah dicatatkan oleh platform tersebut.

Aset kripto utama lain seperti Ethereum (ETH), Litecoin (LTC) dan altcoins turut menunjukkan pergerakan positif, kecuali XRP yang dilihat masih kritikal.

Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $35,205, sedikit susut dari rekod tertinggi sebentar tadi, $35,895.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat