Siapakah Akan Menang Di Georgia?

305

Pilihan raya negeri Georgia yang menentukan parti manakah bakal menguasai Senat sedang berlangsung dengan sengit.

Keputusan akan diketahui dalam tempoh beberapa jam tetapi jika dilihat, kedua-dua calon parti Demokrat sedang mendahului ketika ini.

Bakal Presiden, Joe Biden mahu Demokrat memenangi kedua-dua kerusi untuk memperoleh penguasaan penuh Kongres.

Calon Republikan, Kelly Loeffler dan David Perdue ketika ini memegang dua kerusi Senat di Georgia. Kedua-dua mereka dicabar oleh Raphael Warnock dan Jon Ossoff.

Republikan ketika ini memegang 52 daripada 100 kerusi. Sekiranya Demokrat memenangi pilihan raya kecil hari ini, sekali gus membolehkan Naib Presiden Demokrat, Kamala Harris melakukan undi penentu.

Ramai sudah menjangkakan Harris akan memilih partinya sendiri iaitu Demokrat.

Kemenangan Demokrat adalah penting supaya Biden dapat melaksanakan agendanya termasuklah terhadap beberapa isu utama seperti penjagaan kesihatan dan undang-undang alam sekitar.

Jika Demokrat memenangi pilihan raya berkenaan, Demokrat buat kali pertamanya sejak 2008 akan menguasai White House, Senat dan Dewan Perwakilan.

Dalam pada itu, komuniti berkulit hitam di Georgia dikatakan bakal menjadi penyumbang terbesar kepada kemenangan Demokrat.

Di Amerika, sembilan daripada 10 pengundi berkulit hitam menyokong Biden ketika pilihan raya Presiden lalu, menurut undian yang dijalankan terhadap 110,000 orang pengundi oleh Associated Press.

Populasi komuniti berkulit hitam Georgia menyumbang satu pertiga daripada jumlah populasi penduduk Amerika.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat