Bitcoin VS Ethereum! Yang Mana Lebih Berbaloi Untuk Dilaburkan Pada 2023?

439

Dua kripto pada carta kedudukan teratas iaitu Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH) masing-masing mempunyai keunikannya yang tersendiri, namun terdapat perdebatan dalam menentukan pelaburan aset digital manakah lebih baik dalam kalangan komuniti kripto.

Hal ini berikutan kerana BTC dianggap sebagai penyimpan nilai manakala ETH pula memudahkan kontrak pintar serta transaksi kewangan.

Difahamkan bahawa ETH seharusnya menjadi pelengkap BTC tetapi sebaliknya berlaku apabila aset digital tersebut berfungsi secara bebas daripada pelbagai kerajaan atau organisasi.

Secara konteks, ETH dan BTC pada mulanya menggunakan proof-of-work (PoW) tetapi kini ETH mempunyai perbezaan ekoran mengalihkan rangkaiannya kepada proof-of-stake (PoS) yang digelar The Merge.

Umumnya, penggabungan tersebut membenarkan penggunaan tenaga ETH menurun lebih daripada 99%, tetapi perlu diingatkan bahawa para pelabur berkemungkinan akan mengalami sedikit kesukaran semasa menggunakannya susulan ia masih berada dalam proses penambahbaikan.

Antara manfaat yang akan diperoleh dalam ekosistem ETH selepas penggabungan itu adalah mengurangkan jumlah ETH baharu dan pelepasan karbon serta menarik minat pelabur yang mengambil berat berkaitan alam sekitar.

Sementara itu, pakar percaya bahawa BTC akan menembusi zon $100,000 sejurus selepas aset digital tersebut menyaksikan turun naik harga jangka pendek dan membuat peningkatan dalam jangka masa panjang.

Diperjelaskan lagi bahawa aset digital mampu membuatkan pelabur sentiasa berasa selamat susulan ia merupakan rangkaian terdesentralisasi yang membenarkan seseorang individu berdagang nilai di seluruh dunia tanpa memerlukan pihak ketiga.

Setakat penulisan ini, BTC kini berlegar-legar pada paras harga $20,979 serta ETH pada $1,583 dan penganalisis melihat sebagai peluang keemasan buat pelabur untuk membeli kripto berikut sungguhpun pasaran masih berada dalam keadaan volatile.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat