BitTorrent Token (BTT) Melonjak Hampir 50% Selepas Kejutan Pada 12 Disember!

1,385

BitTorrent Token (BTT) pamerkan lonjakan harga yang mendadak setelah tiga minggu mencatatkan penurunan bermula 16 November 2021.

BTT mencatatkan nilai $0.00355, paras tertinggi harian dengan lonjakan hampir 50% pada lewat petang semalam dari paras terendah harian, $0.0033 pada 5 Disember.

Ini juga menunjukkan peningkatan lebih 7% sejak penyusutan pada 16 November.

Apa yang berlaku?

Menerusi twit terbaru, BitTorrent mengumumkan tarikh pelancaran mainnet BitTorrent Chain (BTTC) dan pelan perubahan nilai (redenomination plan) akan berlangsung pada 12 Disember.

  • BTTCsepadan dengan protokol saling kendali Ethereum Virtual Machine (EVM) di TRON.
    • Pengumuman penubuhan BTTC sebenarnya telah diumumkan pada awal bulan lepas.
    • Membolehkan pemindahan aset di antara TRON, Ethereum, dan Binance Smart Chain (BSC).
    • Beroperasi menggunakan konsensus Proof-of-Stake (PoS).
  • Perubahan nilai BTT terdahulu.
    • Token-token BTT di rangkaian TRON akan diubah kepada unit yang lebih kecil pada nisbah 1:1000.
    • Rekod nilai pasarannya tidak akan terkesan dengan perubahan ini.
    • Jumlah bekalannya dinaikkan kepada 990,000,000,000,000 BTT.
    • Token BTT (kini sebagai TRC-10) juga akan diformatkan kepada TRC-20 sebelum disiarkan di BTTC.

Bagaimanapun pagi ini harga BTT sedikit susut daripada rekod semalam, didagangkan pada $0.003273 dengan lonjakan lebih 34% ketika artikel ditulis.

Nilai pasarannya juga mencatatkan peningkatan lebih 34% dalam 24 jam dengan rekod di paras $3.24 bilion dan pada masa yang sama jumlah dagangan BTT melonjak lebih 208% dalam tempoh yang sama dengan jumlah $2.5 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat