BlackRock Sertai Sektor Kripto Dengan Bitcoin

325

Firma pengurusan aset terbesar dunia, BlackRock dilaporkan telah menerima dua kelulusan dana yang membolehkan pelaburan dalam niaga hadapan Bitcoin (BTC).

Melalui prospektus yang difailkan kepada Securities and Exchange Commission (SEC) semalam, BlackRock Global Allocation Fun Inc. dan BlackRock Funds V memilih bitcoin dan beberapa aset lain sebagai sebahagian daripada skim pelaburan.

Bagaimanapun, BlackRock tidak menyebut pertukaran komoditi yang terpilih untuk melakukan pembelian niaga hadapan matawang kripto.

Fail tersebut juga ada menggariskan beberapa risiko kecairan yang disebabkan oleh pasaran baru melibatkan pelaburan dalam niaga hadapan. Antaranya, perubahan peraturan, risiko turun naik dan penilaian juga memberi kesan terhadap harga, termasuk dana.

Penglibatan BlackRock di dalam Bitcoin merupakan satu langkah yang besar ekoran daripada firma gergasi ini tidak pernah menyebutnya dalam mana-mana perhatian media.

Namun pada November 2020, Ketua Pegawai Informasi, Rick Rider ada memberi hint, menyifatkan matawang kripto mampu menggantikan emas kerana fungsinya yang pelbagai.

Ketika artikel ini ditulis, BTC didagangkan pada $34,670 dengan penyusutan sebanyak 2.35%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat