BNM Bakal Ambil Tindakan Terhadap CIMB Yang Melanggar Undang-Undang

3,327

Pelanggan CIMB boleh tarik nafas lega lepas ni.

Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil langkah penyeliaan dan tindakan sewajarnya ke atas CIMB Group Holdings Bhd andai terdapat sebarang pelanggaran keperluan undang-undang atau peraturan berhubung insiden ralat pemprosesan bank baru-baru ini.

Menurut gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mod Yunus, keperluan kawal selia tersebut termasuk mematuhi piawaian pengurusan risiko yang boleh diterima selain, turut menggesa CIMB untuk mendapatkan semula dana tanpa menjejaskan keupayaan pelanggan untuk mengakses akaun mereka dan membenarkan pilihan yang munasabah bagi pelanggan memulangkah lebihan dana.

Secara ringkasnya, insiden ini berlaku apabila CIMB telah melakukan kesilapan dalam sistem perbankannya sehingga menyebabkan beberapa akaun dibekukan.

Dalam satu berita berasingan, dijangka akan mengumumkan pemenang lesen perbankan digitalnya pada bulan depan.

BNM berada di peringkat lanjutan dalam menilai permohonan bagi bank digital dan mereka menyasarkan akan mengumumkan bank digital tersebut dalam penerbitan laporan tahunan pada akhir Mac.

Tan Sri Nor Shamsiah berkata, BNM telah menerima sebanyak 29 permohonan dan ia hanya bercadang untuk melesenkan 5 sahaja.

Bank pusat dilihat mahu bank digital menawarkan produk dan perkhidmatan yang releven kepada segmen yang tidak mendapat perkhidmatan atau kurang mendapat perkhidmatan, agar lebih ramai orang dan usahawan dapat memiliki aset dengan lebih baik dan menyimpan untuk masa depan atau bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat