BNM Menaikkan Kadar Faedah Kepada 3.25%, Ringgit Cecah RM3.87 Untuk 1 USD

1,009

Bank Negara Malaysia (BNM) menepati jangkaan apabila menaikkan kadar faedah OPR (Overnight Policy Rate) daripada 3.00% kepada 3.25% dalam pengumuman pada Khamis.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, BNM mengatakan ekonomi global semakin mengukuh dengan pertumbuhan yang lebih kuat dan sejajar. Pertumbuhan di Asia dipandu oleh aktiviti domestik dan peningkatan permintaan luar. BNM sendiri menjangka pertumbuhan global akan menjadi lebih pantas pada 2018.

Secara domestik, ekonomi Malaysia menunjukkan pengukuhan semula dalam eksport dan aktiviti domestik. Momentum ini dijangka akan berterusan pada 2018 berikutan pengukuhan pertumbuhan global dan kesan spillover yang positif dari sektor luaran kepada ekonomi domestik.

Permintaan domestik kekal menjadi kunci utama kepada pertumbuhan disokong oleh pendapatan yang memberangsangkan dan keadaan pasaran pekerjaan. Jangkaan terhadap aktiviti pelaburan juga positif yang mana disokong oleh projek infrastruktur yang baru dan sedang berjalan. Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal kukuh pada 2018.

Kadar inflasi berada dalam purata 3.7% pada 2017. Inflasi tahun ini dijangka sedikit susut secara purata pada 2018 berikutan kesan kecil faktor kos global. BNM melihat pengukuhan Ringgit berbanding tahun lalu akan mengurangkan kos import. Harga tenaga dan komoditi dijangka terus meningkat pada 2018. Namun, inflasi akan lebih banyak bergantung kepada harga minyak mentah yang masih tidak menentu.

Akhir sekali, MPC (monetary policy committee) membuat keputusan untuk mengurangkan darjah akomodasi (sokongan) monetari dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh ketika ini. Dalam masa yang sama MPC sedar untuk memastikan polisi semasa adalah bersesuaian bagi mengelakkan risiko yang disebabkan kadar faedah rendah. BNM menegaskan, polisi terkini ini masih lagi akomodatif kepada ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat