BNM Tingkat Pembelian Bon, Usaha Pulihkan Ekonomi

475

Dalam usaha untuk mempromosikan pasaran bon domestik yang mantap, Bank Negara Malaysia (BNM) turut membeli bon dalam pasaran sekiranya perlu dan di bawah syarat-syarat tertentu.

Ujar Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, langkah berkenaan telah membantu menjana lebih RM54 bilion dalam bentuk kecairan kepada sistem perbankan.

Lapor The Edge, beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Senator Alan Ling Sie Kiong yang mahu mengetahui mengenai teknik dasar monetari dan fiskal atau mekanisme yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan bagi menangani keadaan ekonomi yang masih dalam proses pemulihan susulan penularan wabak Covid-19.

Tambah Tengku Zafrul, bagi mengatasi impak buruk penularan wabak berkenaan, kerajaan telah melaksanakan dasar polisi dengan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan bernilai RM295 bilion.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan pelan pemulihan ekonomi nasional (PENJANA) dilakukan bertujuan untuk meningkatkan kapasiti sektor kesihatan dalam usaha mencegah Covid-19 serta mengurangkan beban rakyat, membantu para peniaga dan memulihkan ekonomi.

“Dari aspek dasar monetari, langkah yang dilaksanakan oleh BNM termasuklah mengurangkan nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 3% kepada 2% pada Mac dan Mei lalu,” menurut Tengku Zafrul.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat